dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

SIM SWAP - Ancaman Siber Terhadap Usahawan Slot 1 (Cybersecuity)

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat untuk peserta menghadiri webinar mengenai SIM SWAP - Ancaman Siber Terhadap Usahawan Slot 1 (Cybersecuity) yang diadakan di NADI Batas Lintang. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang bagaimana individu yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ”scammer” menggodam segala akaun bank dan data seseorang dengan menggunakan kaedah panggilan telefon sahaja.

Selain itu, penggodam juga boleh mengakses segala akaun yang mereka kehendaki dengan cara ugutan, amaran atau ganjaran. Contohnya, memaklumkan bahawa nama anda telah disenaraikan sebagai penjual barang haram dan akan didakwa/didenda dengan kadar tertentu.

Oleh hal yang demikian, dengan berlakunya kejadian sebegitu, ramai mangsa tidak akan berfikir panjang dan terus memberi maklumat atau sebahagiannya juga ada yang memberi wang untuk nama dibersihkan. Pelbagai cara licik yang dilakukan oleh ”scammer” adalah untuk mendapatkan keuntungan.

Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..